BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 12, 2011

Bukan Lari , Tapi Pergi .....

Assalamualaikum !


Orait, post kali ni aku nak share story kat korang lagi. But before that, biar aku explain dulu apa beza lari dan pergi. Ofkos budak sekolah rendah boleh bezakan ye dak? Tapi aku cuma tekankan, lari itu pada keadaan terpaksa yang mendesak, pergi pula dengan rela hati ....


Cerita kali ni melibatkan sorang lelaki yang bernama Azmin. Seorang freshie dalam liku-liku Islam, namun dia sangat gemar untuk mendekati Islam. Dia berkawan rapat dengan pelajar-pelajar jurusan agama walaupun dia merupakan pelajar aliran sains. Mereka selalu mengerjakan ibadah secara jemaah, pegi masjid sekali,balik pun sekali, makan pun sekali....tapi.....

......yelah, ujian Allah kan...bila-bila boleh datang....

Tarikh : 27 Mac 2010



Kawan 1 : Min (Azmin), ko tau tak cite pasal sorang senior kita tu?

Azmin : Senior mana pulak ni?

Kawan 1 : Alaa budak syari3ah paling teruk dalam universiti kita tu, takkan tak kenal kot, hot topic tu !

Azmin : Laa, Jehan tu ke? Elok je dia main bola tampar petang-petang kat court belakang tu. Apsal dengan dia?

Kawan 1 : Heiiisshhh, ntahla. Rosak nama budak-budak syari3ah oleh dia tau. Dengan ibadah dia tak jaga, solat ntah ke mana, member-member dia pun teruk-teruk semua. Malu aku weyh...

Kawan 2 : Aku pun dah berhenti main bola tampar petang-petang sejak aku dapat tau dia pengurus team bola tampar kita.

Azmin : Pulak..teruk sangat ke mamat tu? Korang penah borak dengan dia tak?

Kawan 1 : Eh, buang masa aku je nak borak dengan dia, buat tambah dosa je. Daripada aku spend setengah jam borak dengan dia, sempat aku habeskan 1 juzuk quran. Dah la , malas nak cerita pasal dia. Dah azan maghrib tu, jom kita gerak g masjid.

............

Setelah selesai solat fardhu Maghrib di masjid, Azmin tak habes-habes memikirkan pasal Jehan... *"Hmm budak tu memang teruk sangat ke? Takpe, kita tunggu esok"...



Tarikh : 28 Mac 2010

~ Azmin buat pertama kalinya turun ke gelanggang bola tampar universiti. Kelihatan hampir 20 orang sedang berlatih untuk Hari Sukan Universiti pada bulan Mei nanti, dan turut bersama di atas gelanggang ialah Jehan.Walaupun tak pandai main sangat, dia cuma ingin mengeluarkan sedikit peluh,dalam masa yang sama....dia ingin mengenali Jehan...


Azmin : Assalamualaikum sumee :D

Jehan : Waalaikumusalam. Haa ko kalo nak buat persidangan OIC, gelanggang ni bukan tempatnya. Member ko da tak turun gelanggang ni lagi sebab dia salah tempat bersidang.

Azmin : Huuiisshh,takdela sampai macam tu haha. Aku nak join team laa. Mana tau dapat jadi wakil universiti ke hehe.

Jehan : Haha try lah, tu pun kalo ko mampu join kitorang la.

Azmin : Hehe we'll see...

.....semenjak hari tu, Azmin merupakan orang pertama yang turun gelanggang bola tampar kerana begitu excited nak join pasukan utama universiti..
Diam tak diam, dia dah makin rapat dengan Jehan. Siap jadi pembantu pengurus lagi. Hampir setiap malam Azmin akan ke rumah Jehan untuk berbincang isu persatuan dorang. Isu training la, tempahan jersi la, bola baru la, dan macam-maccaaamm adaaa...kadang-kadang Azmin terpaksa bermalam di rumah Jehan....dan di situlah dia sedar...

Azmin : *(hmm memang betol la cakap budak-budak tu, dia ni memang tak jaga solat...)


....dan orang yang sedar bukan sekadar Azmin sahaja..kawan-kawan persatuan tahfiz dia juga...


Kawan 1 : Azmin ni da lama tak join kita. Asal malam je pegi rumah Jehan. Pegi masjid pun tidak. Aku dah kate dah, jangan dibuat kawan Jehan tu. Dia pandai hasut orang buat dosa.

Kawan 2 : Takpe, dia balik malam kang kita brainwash la dia.

... pukul 11.37 mlm, Azmin membuka pintu rumah, dua orang kawannya sudah tercegat di depan pintu.



Kawan 1 : Makin busy ko sekarang ek? Asyik-asyik berdamping dengan "sheikh" Jehan je ko ni.

Azmin : Aku discuss pasal bola tampar la. Hari Sukan Universiti kan dah dekat ni.

Kawan 2 : Yelah, sukan tu sukan jugak, takkan sampai dah tak boleh join kitorang g masjid sama2? Jampi serapah ape dia baca kat ko ni?

Azmin : Korang, jangan arr cakap camtu. Dah arr, aku nak tido dulu, letih arr. Sok ada kelas plak. Assalamualaikum...

....tanpa menghiraukan ngomelan kawan-kawannya, Azmin terus masuk ke bilik tidur...

~Setelah sekian lama berurusan dengan Jehan, akhirnya usaha mereka membuahkan hasil, Azmin menjadi pemain terbaik perlawanan ketika Hari Sukan Universiti bagi acara bola tampar lelaki, dan pasukan universiti mereka mendapat JOHAN!!!

~ Kawan-kawan Azmin sudah lama tidak berkumpul bersama. Sehinggalah mereka semua bertemu di masjid universiti setelah selesai solat maghrib berjemaah. Kawan-kawan Azmin terkejut apabila kelihatan Azmin keluar dari masjid bersama dengan...JEHAN. Jehan yang tak pernah kelihatan di masjid, yang tidak menjaga solat walaupun berada di rumah, tiba-tiba boleh menghadirkan diri ke masjid...

.....malam itu, Azmin pulang ke rumah setelah hampir sebulan tidak pulang. Azmin pulang dengan ceria dengan memakai pingat emas yang diperolehnya pada pertandingan tempoh hari...

Azmin : Assalamualaikum! :D

Kawan 1 : Waalaikumsalam...

Kawan 2 : Waalaikumsalam............ :I

Azmin : Erk.. korang. Apsal siyes semacam ni? Aku baru nak belanja korang coz dah menang game hari tu.

Kawan 1 : Hmmm..ape dah jadi kat Jehan weyh?

Kawan 2 : Ntah, tiba-tiba dia rajin plak pegi masjid.

Azmin : Pasal tu ke.... Aku da try nak gtau korang, tapi busy la. Yes, korang memang betol yang dia tak jaga solat dia. That's why aku tido rumah dia dan tak pegi masjid kejap. Aku takdela ajak dia solat pon. Tapi kalo da masuk waktu, aku tanya dia "Jay, kiblat kat mana?" ...then dia tunjuk la kiblat. Tengah aku solat tu, tiba-tiba ada orang sentuh bahu. Bila aku bagi salam, rupanya dia follow jemaah dengan aku. So aku rasa tu permulaan yang baik la untuk dia.

Kawan 1 : Alaa ko percayalah cakap aku, dia berubah drastik macam tu, kejap je tu, tak tahan lama punya. Hasil yang ko nampak, kononnya ko berjaya ubah dia. Tapi hasil yang kitorang nampak, dia berjaya tipu dan ubah diri ko kepada seorang yang malas nak pegi masjid.

Azmin : Korang silap! Aku tak rasa yang dia mempengaruhi aku pun.

Kawan 2 : Memangla ko tak rasa, pasukan bantuan Jehan yang melalaikan ko ni ramai, syaitaaannurrajiiimmmmm!!!

Kawan 1 : Aku nasihatkan ko la, elok ko jauhkan diri dari dia. Elok ko selamatkan diri ko sendiri dulu daripada ko nak join dia jadi penghuni tetap kat neraka dengan setan-setan tu.

Azmin : Hmm korang, nampak tak apa masalah zaman sekarang? Disebabkan orang-orang macam ni la remaja sekarang malas nak join Islam. Aku tak nafikan ko baik, rajin beribadah. Kawan-kawan kita pun semuanya alim-alim belaka. Tapi korang terlalu mengukuhkan ukhuwah sesama korang sampai korang tak nampak orang luar pon perlukan kita.

Kawan 2 : Memangla ukhuwah dalaman kita perlu dikukuhkan dulu, kalo tak jadila kes macam ko ni!

Azmin : Guys, istighfarlah..kita semua ni akan balik berdakwah dengan masyarakat. Tapi kalo sekumpulan pendakwah juz berdakwah sesama mereka, ukhuwah mereka makin rapat. Tapi siapa pulak nak tengok-tengokkan golongan yang kurang pengetahuan agama macam aku ni? Jehan da mula berubah, biarlah aku cuba usahakan lagi.

Kawan 1 : Hmm kitorang juz taknak kehilangan kawan je...

Azmin : Korang, percayalah kat aku macam aku percaya kat korang. Islam ni untuk semua orang, tanpa pengecualian. Hubungan persahabatan takkan terputus begitu je, we're friends right?

Kawan 2 : Takpela macam tu, kitorang doakan ko berjaya jelah k.

Azmin : InsyaAllah. Ingat guys, aku pergi ni memang aku da rancang awal-awal, untuk tarik balik hati hamba Allah sorang ni...and ingat guys....

.....aku bukan lari, tapi aku pergi....



"Keindahan Islam adalah untuk semua...TIADA PENGECUALIAN!!!"

Selamat Beramal, Wassalam....

Baiklah! FaceBlog!!!

Ok, yang ni post cukup syarat jek. Actually aku baru je join FaceBlog ni, kira blog komuniti gak arr. So why not sape2 yang terbace post ni join skaki FaceBlog nih,tak rugi pon, best lagi ada :D



Selamat Beramal dan Salam Ramadhan :)

Thursday, August 11, 2011

Azlan.Hazim.Masjid

Assalamualaikum semua (kalau ada orangla) !


Post kali ni aku juz nak cerita-cerita dengan korang, xdela kes isu semasa yang melanda negara coz aku ni pun bukan rajin sangat nak ambil tahu cerita dunia sekarang. So aku juz nak cerita pasal 2 orang kawan rapat ni. Aku letak nama dorang ni Azlan & Hazim kayy :D



Pengenalan Watak :
1. Azlan - berpenampilan ranggi dan modern (gaya remaja sekarang daaa) sudah menetap di Kg Tengah selama 11 tahun,jarang berada di rumah sejak tingkatan 4 kerana menyambung pelajaran di sekolah berasrama, dan kini melanjutkan pelajaran di luar negara,Azlan balik rumah time2 cuti sem jek :D

2. Hazim- kawan baik Azlan, baru 3 tahun sejak family Hazim berpindah ke Kg Tengah. Mengenali Azlan sejak sekolah rendah lagi. Rajin pergi masjid (good boy budak nih) , seorang yang agak pemalu.


Kisah bermula....

Part 1

Lokasi : Rumah Azlan
Situasi : Hazim menziarahi Azlan yang baru sahaja pulang dari luar negara

;

Hazim : Lan (Azlan) , ko cuti sampai bila ni?

Azlan : Aku cuti sampai raya ni je,nape?

Hazim : Xde arr,next week kan Ramadhan, jom arr pegi masjid kampung kita ni, aku tanya pakcik-pakcik masjid tu pasal ko,semua tak kenal ko.Ko malas g masjid dari 11 tahun lepas ek?

Azlan : Haha memangla pakcik tu tak kenal, aku dari dulu dok asrama,sekarang lagi jauh, memang tak pegi masjid tu arr.InsyaAllah kalo aku rajin nanti aku pegi :D

Hazim : Cehh! Kalo ko tak datang,aku bakar rumah ko hahaha. Aku da daftar nama untuk jadi bilal time terawih nanti. Turn aku time Ramadhan ke 21 je,tahun ni ramai pulak budak-budak daftar. Ko try la daftar.

Azlan : Tengok arr dulu,malas arr haha.Yang penting,kena turun terawih untuk grab pahala tu semua kan kan kan :D

Hazim : Haha betol tu...


Part 2

Lokasi : Pintu Masjid Kampung Tengah
Situasi : Solat terawih Ramadhan ke 2

;

Hazim : Mana pulak budak ni? Semalam cakap nak datang. Call dia tutup phone pulak. Pemalas tol !

Bilal : Allahuakbar Allahuakbar! Asyhadu alla ila ha illallahhh .....

Hazim : Hmm tak datang la budak tu kot, solat je laa...

........ (selesai solat terawih rakaat ke 8)

Hazim : *(Balik dulu lah, kat rumah nanti aku sambung lagi)


Part 3

Lokasi : Pintu Masjid lagi haha
Situasi : Solat Isyak dan terawih Ramadhan ke 19. Hazim dah berkali-kali ajak Azlan ke masjid, tapi tak dokkk jugak

;

Hazim : Dah 19 hari ni, tak kan taknak datang langsung,aduyai...

...... (selesai solat isyak)

Imam : Assalamualaikum warahmatullahh~ ..... Assalamualaikum warahmatullah~

Hazim : ....assalamualaikum warahmatullahh.... *(lain pulak suara imam ni,best jugak bacaan dia...ERRKKK!! batal pulak dahhhhhh...)

.... Hazim keluar dari masjid untuk mengambil wudhu semula.Pada masa yang sama,imam membuat pengumuman sebelum bermula solat terawih...

Imam : Assalamualaikum jemaah dikasihi Allah sekalian. InsyaAllah,bermula malam esok bersamaan Ramadhan ke 20, kita akan menunaikan solat sunat terawih sebanyak 8 rakaat sahaja. Kemudian kita akan sambung pada pukul 12.30 malam. Semoga Allah memberkati insyaAllah...

Bilal : Assolatu ttarawihh.....

.... solat terawih dimulakan..seperti biasa,Hazim pulang ke rumah setelah selesai rakaat ke 8


Part 4

Lokasi : Pintu Masjid tu la jugakkk
Situasi : Solat terawih Ramadhan ke 20

;

Hazim : Ya Allah,dah ramadhan 20 da ni, budak ni janji nak datang time aku jadi bilal sok,kalo dia tak datang,siyes kene budak ni ngan aku....

...... selesai rakaat ke 8

Imam : InsyaAllah kita akan sambung terawih pada jam 12.30 malam ini, bagi yang berkemampuan,kita ramai-ramaikan masjid malam ni ya :) Assalamualaikum....

Hazim : Budak ni laa, tak datang lagi. Takpe, aku try call ko last malam ni, sebelum ni asal aku call lepas terawih je mesti off. *Hazim kol Azlan :D

....... *nada dering lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir tiba-tiba kedengaran...

Hazim : Eh, ni ringtone mamat tu. Dia kat masjid ke?

Azlan : Hello, weyh, ko watpe kol aku ni?

Hazim : Watpe kol ko? Ko kat mane haa tak datang masjid sampai terawih 20? Aku ajak ko tiap hari,ko cakap ok je.Tiba masa ko takda plak.

Azlan : Haha ko ni pun, kalo iye pun nak cakap ngan aku sangat, takyahla kol,buang kredit tol. Meh arr jumpe aku kat sini.

Hazim : Sini tu kat mana?

Azlan : Belakang ko la sengal haha.

Hazim : Belakang aku ada mimbar je. Sebelah mimbar tempat imam solat. Kat sana ade....imam...ehhh??? *sambil menoleh kebelakang

Azlan : Hehe kenape? Tak percaya ke? :D

Hazim : Weyh, ko imam terawih jemputan yang dorang cakap tu ke?

Azlan : Giler arr, imam jemputan haha. Takdela jemputan pun, aku saje nak tolong pakcik-pakcik ni je.

Hazim : Tapi aku try kol ko tiap kali lepas terawih,tak dapat plak.Pastu aku tunggu ko datang tiap kali isyak,ko tak dak pon.

Azlan : Memangla, ko kol aku lepas rakaat 8, aku kena jadi imam sampai habis terawih. Malam ni terawih 8 je, thats why dapat kol. Pastu yang hari-hari ko tunggu depan pintu masjid tu watpe? Aku da kat tempat imam da. Nak jumpa ko lepas terawih,ko da balik time rakaat 8.

Hazim : Aduiyai,sory weyh,aku ingatkan ko tak datang.

Azlan : Haha relax arr,sok ko jadi bilal kan? So jangan tunggu depan pintu masjid pulak haha

.............TaMaT..............


p/s : Islam telah menyediakan 1001 cara untuk bersangka baik sesama umat, mengapa perlu kita memilih untuk bersangka buruk?
Dan sesungguhnya tidak jatuh maruah seseorang yang meminta maaf kerana ingin menyatukan kembali hubungan sesama Islam

...kerana Allah Maha Mengetahui :)

Tuesday, May 31, 2011

Aku.Muzik.Korang

Assalamualaikum everyone (or maybe only one) !!


Hari ni aku just nak share my happiness with you all,coz finally my audition videos has been accepted by Dentyne TERRAR-Oke contest ,yeayyy for me!!! :D

it was an acapella singing contest,not saying that i'm good enough for it,but aku da biasa da buat acapella videos,and send it to youtube.So macam tak ada masalah sangat la untuk aku nyanyi lagu2 macam tu....

for now,ada over 510 audition videos da terpilih,and they will pick 5 singers ONLY for the final.At the final stage,the competitors will be given a weekly challenge.And the main event will be on 23rd of July 2011.Haha hope that i'll be in the final,i just enjoyed singing...

The grand prize will be RM15,000,followed by the runner-up,RM7,000 . 3rd =RM3,000 , 4 & 5 =RM1,000 .. and all 5 finalist will got a new iPhone 4 and RM300 airtime bonus....

But hey,ofcourse i'm nervous...coz even if u think that u are good at singing,there's still a plenty of people out there who can sing way better than me.I don't have suara merdu,nor suara lunak. I can't even hit the high notes.But i use all my skills to make my videos look interesting...

For now,let us pray,hopefully i can be nominated as the champ,haha even it's a dream,but who cares...it's my dream , to become a Singer... :)

p/s : so what's your dream???

Monday, May 30, 2011

i'm in LoVe...

post yang ni...hmmm tak tahulah nak cakap apa.I think i'm in love...

Aku jarang nak percaya benda-benda cinta ni.But this time,aku rasa pelik semacam.
Everytime aku dengar nama dia,darah macam penuh di pipi.Hati terbentang seluas-luas alam.
Senyum kat muka takyah cerita arr ...

"weyh,semalam kan,aku jalan kat depan KFC and guess sapa yang aku jumpa??"

the very first person in mind was her.But aku taknak la cerita kat member.
Cover-cover la gak.

"ko jumpe Maya Karin ek?"

then the jokes started over and over,sampai the main topic tak sempat nak keluar pun.
But i knew it was her...coz i can feel her presents...(poyo giler)

That night, dia minta tolong hantar balik rumah,coz its not good for a girl walking on the street at night alone.So dengan berbesar hati,the brightest "YES" just came out from my mouth.

"I'll be there at 11 o'clock,just wait for me, ok? "

Tepat pukul 11mlm,aku sampai depan tempat tu,i called her on the phone,and suruh dia keluar so i can take her home.
She came with this big smile of her,sampai aku boleh kira berapa batang gigi yang aku nampak haha.
She walked behind me,aku dah berapa kali suruh dia jalan depan sikit.

"U dok kat belakang tu,satgi ada orang culik,bawak balik rumah dorang baru u tau."
but she refused.

"nanti my view rosaklah kalo i jalan kat depan"

"your view? what's the different bila u jalan kat belakang and kat depan?u can still see the moon,the stars,those buildings.."

and dia potong masuk...
"but if i kat belakang,i nampak u.. "

so i'm stuck for a while...kaku...

"haha poyo tak ayat i?"

she laughed,but a moment ago,i'm taking it seriously.I just smiled and hoping that you really mean it.Hope that was a dream of mine,so after this you won't laugh and say it for real.
i won't tell you that i'm in love...i just want to stay by yourside,without you even noticed..
so it will always be coincidence...

a well planned coincidence....

Monday, November 8, 2010

Malam Itu Menawan,Bintang Itu Indah,Bulan Itu Cerah...

Assalamualaikum para pembaca sekalian.Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam 1 sesi luahan isi hati seorang hamba (aku kot) haha.Apa-apa pun aku harap kita semua senyum-senyum selalu,happy-happy sentiasa,tanpa hilang iman di dada...



Orait,xnak buang masa korang..arini nak cerita tentang Malam...
selama beberapa hari aku bertanya kepada rakan-rakan terdekat,apa yang mereka describekan tentang malam,dalam 1 perkataan..dan jawapan yang aku dapat ialah (susunan mengikut majoriti):
1.Cantik
2.Gelap
3.Indah
4.Sejuk
5.Naughty (astaghfirullah)

sebenarnya aku cuma nak mengetahui pandangan kamu semua terhadap salah satu ciptaan Allah iaitu malam.So,apa yang aku akan ceritakan pada kali ini ialah keIndahan malam tu sendiri..

...pernah tak kamu lihat di luar tingkap dikala ingin mencari ketenangan,menyaksikan bulan sedang bersinar,bintang-bintang berkelipan...n seriously hati akan terasa tenang sejurus kita melihat keindahan malam tersebut.Apatah lagi dengan angin malam bertiupan sepoi2 bahasa,dingin yg mencengkam jiwa,sudah tentu tidur kita pada malam itu sangat selesa.Maka memang benarlah Allah mencipta malam itu untuk kita berehat setelah penat di siang hari.

..dan pernah tak kamu lihat di luar tingkap,dengan harapan dapat menyaksikan pemandangan yang indah semalam,tapi apa yang kamu lihat hanyalah sinaran bulan,tanpa bintang yang mengelilinginya...lalu kamu kecewa,mengapa bintang itu tiada?mengapa membiarkan bulan bersinar sendirian?maka hilanglah seri pada malam itu....
Jika itu yang kamu soalkan,maka kamu silap!
Ukhuwah antara bulan dan bintang tidak dapat diputuskan,walau bintang tidak kelihatan,tapi percayalah,"dia" akan bersinar semula.

sekiranya anda terperangkap dalam situasi di atas,cuba luangkan masa anda untuk merenung bulan tersebut...dalam masa kurang dari seminit,anda akan dapati satu kerdipan kecil muncul berdekatan dengan bulan.Itulah bintang yang kamu cari.untuk menjadikan malam lebih indah,kamu tenung bintang yang baru bersinar itu,dengan izin Allah,kamu akan nampak satu lagi cahaya berkelipan.Dan jika kita lakukan benda yang sama berulang kali,kita akan dapati malam itu penuh dengan bintang mengelilingi sang bulan.

mungkin post kali ini tidaklah begitu bermakna atau membawa kesan mendalam untuk kita semua,tapi aku tujukan post ini sebagai penghargaan kepada MALAM yang selalu menemani diriku....

written by,
Bulan

Saturday, October 23, 2010

Tangisan sang Bulan...

Pabila malam menjelang,

bulan yang terang,
dihiasi bintang-bintang...

Aku sendiri dihiasi sunyi dan kegelapan malam..
walau banyak bintang dilangit namun tiada yang faham..
menyandar di dinding,berbisikan sendirian..
walau ada suara-suara halus tidak ku endah..

Pabila malam menjelang,
bulan yang terang,
dihiasi bintang-bintang...

Aku tertawa sendirian,
mengenangkan nasib sang meteora berterbangan mengelilingiku,
namun tidak pernah bersinggah,
tidak pernah bertelingkah,
kamu hanya melepaskan butiran-butiran kecil terhadapku..

Pabila malam menjelang,
bulan yang terang,
dihiasi bintang-bintang...

Bulan yang kamu sangkakan penuh dengan senyuman,
pernahkah kamu mendalami hati bulan?
sendirian memantul cahaya sang matahari,
tanpa ditemani suara-suara penghibur hati...
dan kini bulan masih bersendiri....

written,
Bulan