BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 8, 2010

Malam Itu Menawan,Bintang Itu Indah,Bulan Itu Cerah...

Assalamualaikum para pembaca sekalian.Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam 1 sesi luahan isi hati seorang hamba (aku kot) haha.Apa-apa pun aku harap kita semua senyum-senyum selalu,happy-happy sentiasa,tanpa hilang iman di dada...



Orait,xnak buang masa korang..arini nak cerita tentang Malam...
selama beberapa hari aku bertanya kepada rakan-rakan terdekat,apa yang mereka describekan tentang malam,dalam 1 perkataan..dan jawapan yang aku dapat ialah (susunan mengikut majoriti):
1.Cantik
2.Gelap
3.Indah
4.Sejuk
5.Naughty (astaghfirullah)

sebenarnya aku cuma nak mengetahui pandangan kamu semua terhadap salah satu ciptaan Allah iaitu malam.So,apa yang aku akan ceritakan pada kali ini ialah keIndahan malam tu sendiri..

...pernah tak kamu lihat di luar tingkap dikala ingin mencari ketenangan,menyaksikan bulan sedang bersinar,bintang-bintang berkelipan...n seriously hati akan terasa tenang sejurus kita melihat keindahan malam tersebut.Apatah lagi dengan angin malam bertiupan sepoi2 bahasa,dingin yg mencengkam jiwa,sudah tentu tidur kita pada malam itu sangat selesa.Maka memang benarlah Allah mencipta malam itu untuk kita berehat setelah penat di siang hari.

..dan pernah tak kamu lihat di luar tingkap,dengan harapan dapat menyaksikan pemandangan yang indah semalam,tapi apa yang kamu lihat hanyalah sinaran bulan,tanpa bintang yang mengelilinginya...lalu kamu kecewa,mengapa bintang itu tiada?mengapa membiarkan bulan bersinar sendirian?maka hilanglah seri pada malam itu....
Jika itu yang kamu soalkan,maka kamu silap!
Ukhuwah antara bulan dan bintang tidak dapat diputuskan,walau bintang tidak kelihatan,tapi percayalah,"dia" akan bersinar semula.

sekiranya anda terperangkap dalam situasi di atas,cuba luangkan masa anda untuk merenung bulan tersebut...dalam masa kurang dari seminit,anda akan dapati satu kerdipan kecil muncul berdekatan dengan bulan.Itulah bintang yang kamu cari.untuk menjadikan malam lebih indah,kamu tenung bintang yang baru bersinar itu,dengan izin Allah,kamu akan nampak satu lagi cahaya berkelipan.Dan jika kita lakukan benda yang sama berulang kali,kita akan dapati malam itu penuh dengan bintang mengelilingi sang bulan.

mungkin post kali ini tidaklah begitu bermakna atau membawa kesan mendalam untuk kita semua,tapi aku tujukan post ini sebagai penghargaan kepada MALAM yang selalu menemani diriku....

written by,
Bulan

Saturday, October 23, 2010

Tangisan sang Bulan...

Pabila malam menjelang,

bulan yang terang,
dihiasi bintang-bintang...

Aku sendiri dihiasi sunyi dan kegelapan malam..
walau banyak bintang dilangit namun tiada yang faham..
menyandar di dinding,berbisikan sendirian..
walau ada suara-suara halus tidak ku endah..

Pabila malam menjelang,
bulan yang terang,
dihiasi bintang-bintang...

Aku tertawa sendirian,
mengenangkan nasib sang meteora berterbangan mengelilingiku,
namun tidak pernah bersinggah,
tidak pernah bertelingkah,
kamu hanya melepaskan butiran-butiran kecil terhadapku..

Pabila malam menjelang,
bulan yang terang,
dihiasi bintang-bintang...

Bulan yang kamu sangkakan penuh dengan senyuman,
pernahkah kamu mendalami hati bulan?
sendirian memantul cahaya sang matahari,
tanpa ditemani suara-suara penghibur hati...
dan kini bulan masih bersendiri....

written,
Bulan

Wednesday, September 29, 2010

SITUASI...

"alamak,macamane ni?" "alaa,aku buzy laa" "yeah!!dapat pon"....
macam-macam yang akan terkeluar dari bibir apabila kita menghadapi sesuatu situasi.Dan walaupun situasinya sama,boleh jadi lain perkataan yang digunakan bagi menggambarkan situasi tersebut,mengikut individu tersebut.

Sebenarnya topik ni takdela gempak mane pon,cuma saya nak relatekan semua situasi yang kita hadapi dengan rahsia-rahsia disebaliknya..

Seperti yang kita tahu Allah telah lama merancang segala-galanya yang bakal berlaku di dunia ini,cuma sejauh mana kita redha dengan ketentuan Allah tersebut?tanya diri masing-masing.Saya bukanlah orang yang layak atau hebat untuk membincangkan topik ini,cuma mungkin sekadar berkongsi pendapat dengan pembaca sekalian.

sebagai contoh,apabila seorang pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan,situasi yang mungkin dia hadapi ialah kesempitan sumber rezeki yang memudahkan kos pembelajaran seperti untuk membeli buku-buku rujukan dan sebagainya.Namun dia tabah dan terus belajar dengan tekun dalam keadaan yang serba kekurangan.Akhirnya dia berjaya dalam peperiksaannya.

Lalu dia menerima tawaran untuk meneruskan pembelajaran di sekolah asrama penuh aliran sains.Ditempatkan di kelas pertama,saingan bertambah hebat.Tiba keputusan SPM,dia seorang yang mendapat 9A 1B,rakan-rakan kelasnya yang lain mendapat 10A.Adakah dia kecewa dengan keputusan itu?
Mereka semua berjaya mendapat biasiswa dalam bidang perubatan,namun hanya dia yang tidak dapat menyambung pembelajaran ke luar negara.7 tahun selepas itu,mereka semua kembali ditemukan semula,dan dia menjadi seorang doktor yang berjaya.

Dalam cerita yang bosan dan serba ringkas di atas,sedar tak bahawa terdapat 9 situasi berbeza di dalamnya?(cari sendiri)
Sebenarnya segala situasi yang telah disediakan ini tak lain dan tak bukan untuk menguji keimanan masing-masing.Bagaimana kita mensyukuri sesuatu nikmat,bersabar dengan dugaan,tidak mudah angkuh,dan tidak mudah mengalah..

Ingatlah bahawa segala kejadian itu ada hikmahnya,walau berbeza SITUASI kita...

assalamualaikum w.b.t

Monday, March 29, 2010

Allah sentiasa memberi apa yang kita mahukan....





Dulu aku pernah bermimpi......

...untuk menjadi sorang penyanyi.Aku memang meminati bidang nyanyian dan alhamdulillah,Allah kurniakan aku suara untuk menyanyi.Ramai sahabatku mengatakan suara aku unik dan sedap,tapi aku masih kurang yakin akan kata-kata mereka.Mungkin mereka sekadar menjaga hatiku sahaja.Tapi aku teringin membuat persembahan di atas pentas,di hadapan para penonton.Sering sahaja aku menonton pertandingan nyanyian,dan kadang-kadang aku rasa ingin bertanding dengan mereka.Sehingga suatu ketika,aku berpindah ke sebuah sekolah berasrama penuh.Seniorku mengarahkan aku untuk menyayikan sebuah lagu.Aku hanya mematuhi arahan.Kebetulan ketika itu salah seorang dari senior tersbut merupakan penyanyi solo kumpulan nasyid sekolah tersebut.Lalu aku dilamar untuk menyertai kumpulan nasyid tersebut.Apabila aku memasuki tingkatan 5,aku telah dilantik menjadi ketua kumpulan nasyid tersebut dan menjadi penyanyi utama.Sejak dari hari itu,aku sering dipanggil membuat persembahan untuk majlis-majlis baik formal mahupun tidak,sehinggalah aku belajar di luar negara ini....








Bila mimpi jadi realiti....




Dulu aku pernah bermimpi.....

....Untuk menjadi seorang Ketua Tukang Masak di hotel 5 bintang.Walaupun itu erupakan pilihan kerjayaku yang ke3,tapi aku lbih menggemari bidang masakan berbanding perubatan dan juruterbang.Aku gemar menonton rancangan masakan yang dikendalikan oleh chef-chef terkemuka seperti Chef Wan,tapi aku memang anti Chef Ismail,au pun tak tahu kenapa hahaha...Aku telah merancang dengan teliti perjalanan hidupku selepas SPM,aku mhu mengambil kursus masakan selam 3 bulan.Kemudian aku akan bekerja di mana-mana hotel 5 bintang sebagai cook(kuli kepada chef).Dan aku yakin suatu hari nanti ak pasti mengambil alih tempat chef tersebut.Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Aku langsung tak dapat mengikuti mana-mana kursus masakan disebabkan kewangan keluargaku yang serba kekurangan.Setelah tamat SPM,aku membuat keputusan untuk bekerja di sebuah restoran Pattani.Aku bekerja sebagai pelayan.Kerjaku mudah,ambil order,hantar makanan,lap meja,lebih kurang yang tu je lah..tapi...aku bertuah kerana pekerja dan bos restoran tersebut mesra dan baik-baik belaka.Setiap malam tukang masak restoran tersebut mengajarku menu baru.Aku bekerja di restoran itu selama 2 bulan setengah.Tamat tempoh pekerjaan,aku telah mempelajari lebih kurang 20 jenis nasi goreng,masakan lauk-pauk untuk ayam dan daging,sayur dan juga masakan special untuk ikan seperti Ikan 3 rasa,Sweet n Sour dan macam-macam lagi.Kini,aku merupakan pelajar bidang perubatan yang bakal membuka restoran sendiri pada suatu hari nanti insyaAllah.....


Dan kini aku sedang bermimpi....


...untuk menjadi seorang muslim yang sentiasa patuh pada ajaran agama.Aku mahukan kehidupan yang sempurna,impikan seorang isteri yang dicintai,keluarga yang menyayangi,pekerjaan yang bagus,rumah yang selesa,dan yang paling penting,kehidupan dan suasana islam..Tapi adakah aku layak untu semua itu?Adakah aku hanya ingin menadah tangan tanpa usaha?Jika kita lihat dua mimpiku di atas,aku berusaha keras untuk mengecapinya,tapi Allah memberi dalam bentuk yang lebih indah walaupun tersirat.Tapi mimpiku yang kali ini takkan kukecapi tanpa istiqamah.Adakah aku menunaikan solat subuh di masjid?Bangunkah aku di sepertiga malam untuk beribadah?Tak perlu pergi jauh...adakah amalanku diterima Allah?tanya soalan ini pada diri kita.Aku harap kamu semua mempunyai mimpi yang sama dengan ku.Ingat,tiada insan yang sempurna dalam dunia ini.Sedangkan Rasulullah SAW yang kita aggap hamba Allah yang sempurna imannya,dijanjika syurga Fidaus,junjungan tidak pernah meninggalkan solat,sentiasa bangun di malam hari untuk beribadah.Itu Rasulullah yang dijanjikan syurga teratas...apatah lagi dengan kita?Yang hanya dijanjikan kematian..cukupkah amalan kita?Jangan kerana kita Islam,kita mencaci agama lain mengatakan mereka salah dan confirm masuk neraka,kerna Allah maha Adil...jika kita tidak beribadah padaNya,bukankah kita juga sama seperti kafir?renungkanlah bersama....


Aku menulis bukan demi mendapat nama,tapi sekadar perkongsian bersama....


salah silap harap ditegur.....

Tuesday, March 23, 2010

Apa itu Cinta?



CINTA......cukup indah perkataan itu.Maknanya juga cukup menawan...Dan sudah tentu seluruh pelusuk dunia ini pernah mendengar perkataan itu,baik dari golongan emas mahupun kanak-kanak..Namun.....sejauh mana kita mengenal erti cinta itu?Cukupkah sekadar mengetahui makna perkataan tersebut?Atau sekadar memahami definisi cinta yang tercatat di dalam Kamus Dewan...hahaha Cinta ni cukup dalam maksudnya...silap cara pemahaman,maka silaplah juga jalan kita.Aku juga akui bahawa aku masih jauh ketinggalan dengan makna cinta itu sendiri..hingga kini,aku bersyukur kerana aku punya sedikit pemahaman tentang cinta,dan aku tahu aku perlu mencari lebih fakta mengenai perkataan tersebut..insyaAllah,aku akan menceritakan sebuah kisah pencarian makna cinta sepanjang 19 tahun kehidupanku ini...


al-Kisah.....



aku mula terdedah dengan alam percintaan sejak dari sekolah rendah lagi.Pada awalnya pelik melihat gelagat abang-abang yang dihadapanku perangai sama seperti insan lain yang kutemui,peramah,sedikit gila-gila dan pandai berjenaka.Tapi ketika itu,dia cuma duduk di tepi tangga dan tidak berkata apa-apa.Yang hanya kudengar cuma bisikan kata yang nyata tidak jelas lagi tidak berdengung ;) Apa yang lebih mmbuatku tertanya-tanya,mengapa dia duduk begitu rapat dengan wanita di sebelahnya.Sedangkan sebelum ini,walaupun dengan teman karibnya,tak pernah rapat seperti itu.Bila ku bertanyakan soalan,dengan salamba dia menjawab "budak-budak takyah tau dulu,nanti ko tau gak".Aku tutup cerita ketika di sekolah rendah.





Ini ceritaku apabila memasuki alam sekolah menengah...


Aku sudah memahami mengapa mereka duduk berdua-duaan.Istilah yang paling hangat dipergunakan hingga kini.."Couple"..atau dalam bahasa sms nyerr,kapel ;) Ketika aku memasuki tingkatan 1,hmmm boleh dikira sebagai kejutan budaya gakla..Ramai kawan-kawanku sedang dilamun cinta.Memang zaman cinta monyet la agaknyerr.Hampir semua peljar didalam kelasku sedang bercinta.Tapi aku tidak!Kerana aku takut dan masih tidak faham apa itu couple.Aku lelaki yang kurang yakin untuk melakukan sesuatu yang masih lagi diragui...







Sepnjang sekolah menengah..ada juga beberapa kali pelajar-pelajar wanita datang kepadaku untuk meminta nombor telefon,alamat rumah sebagainya.Malah ada juga pelajar-pelajar senior melakukan perkara yang sama padaku.Aku tidak menolak untuk memberi nombor telefon kerana pernah sekali aku menolk,lalu mereka cop aku sebagai 'sombong'.Jadi,pa yang aku lakukan selepas itu,aku hanya memberi nombor telefon jiranku sahaja hahaha (sory aunty,saye terpakse).Tapi,sampai suatu saat...aku impikan perasaan tesebut.Aku sendiri tak tahu mengapa..sehinggalah suatu ketika,aku mendapat panggilan dari sahabat karibku.Dia memberitahu bahawa ada seorang wanita ingin berkenalan denganku.Kali ini aku mahu mencuba.Tidak lama kemudian,kami mula berhubung melalui phone.





Masa berlalu dengan singkat...tanpa disedari aku telah melakukan sesuatu yang aku sendiri tidak suka sejak dulu...Couple...pada mulanya ia sesuatu yang indah..Bagai ada bidadari yang sentiasa menemani.Dan kononnya kami akan berhubungan secara Islam (macam cerita Ketika Cinta Bertasbih gitula).Walaupun jaga segala batas aurat,tapi kami tetap keluar berdua-duaan,makan bersama dan saling bertentang mata.Sehingga keluargaku turut mengetahui perkara tersebut tatkala mama terlihat gambar wanita tersebut di wallpaper handphoneku..mama hanya menggelengkan kepala,lalu berkata "yang penting mama nak kau berjaya dalam pelajaran kau dulu".Mama seperti tidak membantah,aku semakin gembira kerana cinta tersebut tiada penghalang.




Setelah tamat pengajian di sekolah menengah,alhamdulillah aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.Teman wanitaku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej matrikulasi....aku juga mendapat tawaran yang sama,tapi aku menolak kerana aku turut ditawarkan biasiswa untuk menyambung pengajian ke luar negara.Maka perpisahan terpaksa wujud antara kami.Ketika itu aku sangat sedih kerana wanita yang aku baru cintai akan jauh kutinggalkan...





Sehinggalah di suatu pagi...aku keluar membeli belah bersama kakak dan maksu...ketika itu,kami berehat sebentar di Secret Recipe..sedng aku asyik menikmati kek keju coklat yang aku gemari,kakakku memberitahu sesuatu yang menjatuhkan moodku ketika itu.."Sebenarnya,mama tak pernah suka ko couple dengan budak tu.Depan ko je mama cakap dia tak kesah.Akak cadangkan ko putuskan je hubungan tu"..Aku tersentak seketika....aku berdiam diri sehingga tiba di rumahku...Aku masuk kebilik,merebahkan badan di atas tilam...lalu aku berfikir...akhirnya aku terfikir sesuatu yang bakal merubah kehidupanku sehingga kini.,sesuatu yang tak pernah terlintas difikiranku...





Lantas ku mencapai handphoneku,lalu menelefon DIA (gf)...dengan penuh rasa hormat dan maaf aku berkata....


"...Rasanya..kita kena putuskan hubungan ni.Pertama sekali atas dasar Islam itu sendiri,ternyata kita dah lakukan satu kesilapan yang besar.Kedua,atas keluarga yang tak restu hubungan ni.." Dia terdiam lalu kudengar tangisan yang cuba disembunyikan itu..kemudian talian diputuskan..aku menangis...menangis......tapi dalam msayang singkat,aku tidak lagi bersedih..aku merasai seperti hadir dirku yang baru.Aku bersyukur kerana telah melepaskan diri dari belenggu cinta yang diselubungi nafsu..



Sebelum aku bertolak ke negara orang,aku menjalani satu kursus persediaan bersama pelajar-pelajar lain..disana,tetap pada bumi yang sama,masih ramai yang bercinta,semakin hari semakin melonjak bilangannya..Aku cuba mengawal perasaanku..tapi..lumrah alam..aklu juga insan biasa yang punya hati.Sekali lagi aku jatuh hati dengan seseorang.Tapi,kali ini aku akan pastikan perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.Lalu aku menjauhkan diriku darinya.Tapi bagaimana inginku mendapatkan hati seseorang tanpa menegur atau berkenalan secara bersemuka?Aku cukup bertuah kerana mempunyai ramai kenalan-kenalan rapat yang hebat dalam bidang agama.Maka seorang darinya memberitahu suatu fakta kepadaku..."Bukankah kamu hamba Allah?",aku mengangguk dan mengakui aku hamba Allah.."Bukankah dia juga hamba Allah?",sekali lagi aku turut mengangguk..."Maka hati yang sepatutnya kamu dekati ialah Allah..lalu biarlah Allah menentukan jodoh kamu.Jika bukan dia orangnya,pastinya Allah menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kehidupanmu".





Kerana segalanya dari Allah...

Sunday, March 21, 2010

Aku,Dia,Kamu dan Kita.....

Hidup memang tak pernah senang...tapi Allah itu Maha Adil.Jika impikan kesenangan,mesti dengan usaha,dan sudah tentu usaha tersebut tak pernah mudah.Maka terbitlah kenyataan "Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian".Tapi masih banyak yang mempersoalkan "Kalo dah cuba tapi tak senang-senang macamane?"...haha kadangkala aku hanya mampu ketawa dengan kenyataan itu.Jawapannya mudah..Sabar....jika Allah tak memberi permintaan kita tak bermakna Allah tak menyayangi,tapi Allah nak uji sejauh mana kita mampu bersabar dan tidak mengeluarkan kata-kata seperti itu..



Sebenarnya orang yang berkata-kata seperti ini bukanlah tidak tahu bersyukur ataupun tidak tahu bersabar,tetapi mereka masih belum dapat merasai "kemanisan" liku-liku kehidupan yang Allah kurniakan.Dan aku berkata demikian bukanlah kerana aku seorang yang sudah terlalu mashi dalam bidang ini,kerana aku juga insan biasa yang sering tergugat imannya.Malah aku lebih tertarik bila orang bertanya kepadaku tatkala aku memberi nasihat.."Kamu ni siape nak tegur aku?Setinggi mana pengetahuan kamu dalam bidang agama?"...adakala teguran tersebut sedikit mengguris hatiku.Bukan marah kerana dia tak menerima nasihat,tapi terasa hina dengan pngetahuan agama yang terlalu sedikit.Cumanya,jika kita mahu menunggu sehingga datang para 'sheikh',ustaz ustazah,alim ulama',maka hancurlah kehidupan masyarakat kita.Gunanya hidup bermasyarakat ialah untuk memudahkan kehidupan,agar ada yang membantu,saling tegur-menegur untuk mendapatkan kehidupan Islam yang lebih baik.Kerana itulah lahirnya insan bernama Sahabat...


"Kerana persahabatan itu indah...."


Mereka akan menegur kita bila perlu,dan memperbetul apa-apa kekurangan yang ada pada diri kita.Cuma,hidup kita tetap dibawah naungan Allah SWT.Maka sebagai hamba,kita takkan dapat segala kesenangan yang diimpikan.Apabila kita mahukan sebuah persahabatan yang indah,tanpa pergaduhan dan sebagainya,mungkin jika kita bernasib baik berjumpa dengan seseorang yang memang tenang hatinya sepanjang masa,maka tiada masalah pergaduhan yang akan berlaku.Tapi inilah indahnya Islam,kadangkala Allah sengaja menemukan kita dengan insan-insan yang kurang memahami kita.


"Satukanlah kepingan-kepingan hati yang telah dipecahkan,agar kembali menjadi satu..."


Sebenarnya Allah mahu melihat bagaimana kita boleh bersabar dengan tingkah laku manusia dan adakah kita insan yang akan menyatukan dua hati yang sedang hancur.Apatah lagi jika itu merupakan sahabat baik kita.Namun bersabar sahaja tidak cukup kerana kita hanya mendapat separuh daripada hadiah yang Allah telah tetapkan.Separuh lagi terletak pada diri seorang sahabat tersebut.Bagaimana kita mampu membawa hatinya bertemu dengan hati kita dan akhirnya menuju kepada Penjaga Segala Hati.Kita tak perlu melayan ataupun dilayan umpama seorang putera/puteri raja.Cukup untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna.Pada masa yang sama kejayaan tersebut perlu dikecapi bersama.Andai kata masalah timbul antara kita,perlu ada seorang yang akan mengalah.Jika kita tunggu sahabat tersebut memulakannya,dan mungkin dia juga berfikiran yang sama,maka sampai bila-bila tidak terselesai masalahnya.


"Jangan pernah merungut untuk melakukan sesuatu kebaikan,
kerana Allah mengetahui segala usaha kita"


"Asyik-asyik aku je yang kena mengalah,macamlah dia tak pernah buat salah"...jika kita renungkan kembali,tiada ruginya untuk kita mengalah kerana ia membawa kepada kedamaian sebuah pertelingkahan.Malah,dengan izin Allah,ganjaran yang besar untuk kita kerana berjaya menggabungkan dua hati yang sebelumnya remuk,kini menjadi indah.Perasaan egoistik itu datangnya dari syaitan yang mahu memecah belahkan hubungan sesama muslim.Inilah nukilan hati dari Aku,kepada Kamu,bersatu kembali dengan Dia,agar dapat Kita bersama menuju kejalanNya....

Thursday, March 18, 2010

Kegembiraan....




Assalamualaikum..Alhamdulillah,akhirnya saya mempunyai kesempatan untuk menaip 'keyboard' Dell Inspiron hitam ini setelah kian lama menyepi.Maklumlah,pepatah pun ada menyatakan bahawa masa itu emas.Gunalah masa sebaik mungkin tanpa ada pembaziran kerana apabila Allah menghentikan masa untuk kita hidup di dunia ini,tak dapat kita merampas kembali masa tersebut walau sesaat pun..


Berbalik kepada tajuk 'post' pada hari ini,'Kegembiraan'..jika diizinkan,saya hanya mahu berkongsi kisah kehidupan sahabat saya yang sedang mencari erti kegembiraan.Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di 'oversea'.Sering kali mendapat nasihat dari teman-temannya untuk menikmati panorama negara asing."Alang-alang ko dah kat 'oversea' ni,elok ko gi melancong kat negara-negara terdekat.Bukan senang dapat peluang ni.Rezeki dah terbentang luas",begitulah antara pesanan temannya.Dan dia juga seringkali berfikir tentang perkara tersebut,malah telah membuat pelbagai rancangan untuk ke tempat-tempat pelancongan,sehingga sanggup mengorbankan cutinya untuk kembali ke Malaysia.Walaupun akan pulang ke tanah air tercinta,dia tetap merancang untuk melawati tempat-tempat menarik dalam negara kerana dia gemar merantau apatah lagi secara berseorangan..


Tapi,lumrah kehidupan,tiada perkara yang kita dapat lakukan tanpa halangan kerana kita hamba Allah yang serba kekurangan.Manusia hanya mampu merancang,Allah yang akan menentukan...dengan penuh rasa 'excited' dia memberitahu keluarganya tentang rancangannya ketika cuti yang akan datang.Ternyata kegembiraan yang terpancar diwajahnya hanya sementara.Dia mendapat tentangan dari ibunya atas alasan bapanya yng kurang sihat.Pada awalnya dia masih mencari alasan untuk meneruskan segala rancangan tersebut kerana dia telah berjanji dengan teman-teman lain untuk berjumpa mereka di setiap negeri yang bakal dikunjungi.


Sehinggalah pada suatu hari,kakaknya memberitahu kisah yang berlaku dirumah mereka.Bapa mereka sering kali menyebut tentang kematian.Sehingga pernah dia berkata kepada isterinya "Abang ni tengah tunggu masa je,bila-bila Allah boleh tarik nyawa ni.Nanti abang mati,kuburkanlah kat kampung kita,kalau kat sini takde orng nak lawat kubur abang",hingga begitu sekali keadaan bapanya.


Setelah mendengar kisah tersebut,dia terus berpesan kepada kakaknya untuk memberitahu kepada ibubapa mereka bahawa dia telah membatalkan segala perancangan untuk cuti tersebut.Kerana dia terfikir sejenak,adakah dia mampu membalas segala pengorbanan ibubapanya?Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Restu Allah takkan hadir jika ibu tidak merestui anaknya.


Mungkin kisah di atas tidaklah menarik,tetapi...cukup untuk memberitahu kepada semua bahawa segala kegembiraan yang kita impikan didunia ini hanyalah duniawi semata-mata.Adakalanya kita perlu meninggalkan peluang-peluang kegembiraan tersebut untuk kita menggembirakan pihak lain.Dan bukankah bergembira bersama ahli keluarga itu lebih baik malah mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga?Moga kita dapat sama-sama renungkan pengajaran dariNya,insyaAllah....
Wassalam....

al-Mukaddimah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....
saya bersyukur kerana dapat membuka ruangan yang tidak seberapa ini...
semoga apa yang bakal ditulis ini akan sentiasa mendapat keizinan dari Allah SWT...
al-Fatihah...