BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 21, 2010

Aku,Dia,Kamu dan Kita.....

Hidup memang tak pernah senang...tapi Allah itu Maha Adil.Jika impikan kesenangan,mesti dengan usaha,dan sudah tentu usaha tersebut tak pernah mudah.Maka terbitlah kenyataan "Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian".Tapi masih banyak yang mempersoalkan "Kalo dah cuba tapi tak senang-senang macamane?"...haha kadangkala aku hanya mampu ketawa dengan kenyataan itu.Jawapannya mudah..Sabar....jika Allah tak memberi permintaan kita tak bermakna Allah tak menyayangi,tapi Allah nak uji sejauh mana kita mampu bersabar dan tidak mengeluarkan kata-kata seperti itu..



Sebenarnya orang yang berkata-kata seperti ini bukanlah tidak tahu bersyukur ataupun tidak tahu bersabar,tetapi mereka masih belum dapat merasai "kemanisan" liku-liku kehidupan yang Allah kurniakan.Dan aku berkata demikian bukanlah kerana aku seorang yang sudah terlalu mashi dalam bidang ini,kerana aku juga insan biasa yang sering tergugat imannya.Malah aku lebih tertarik bila orang bertanya kepadaku tatkala aku memberi nasihat.."Kamu ni siape nak tegur aku?Setinggi mana pengetahuan kamu dalam bidang agama?"...adakala teguran tersebut sedikit mengguris hatiku.Bukan marah kerana dia tak menerima nasihat,tapi terasa hina dengan pngetahuan agama yang terlalu sedikit.Cumanya,jika kita mahu menunggu sehingga datang para 'sheikh',ustaz ustazah,alim ulama',maka hancurlah kehidupan masyarakat kita.Gunanya hidup bermasyarakat ialah untuk memudahkan kehidupan,agar ada yang membantu,saling tegur-menegur untuk mendapatkan kehidupan Islam yang lebih baik.Kerana itulah lahirnya insan bernama Sahabat...


"Kerana persahabatan itu indah...."


Mereka akan menegur kita bila perlu,dan memperbetul apa-apa kekurangan yang ada pada diri kita.Cuma,hidup kita tetap dibawah naungan Allah SWT.Maka sebagai hamba,kita takkan dapat segala kesenangan yang diimpikan.Apabila kita mahukan sebuah persahabatan yang indah,tanpa pergaduhan dan sebagainya,mungkin jika kita bernasib baik berjumpa dengan seseorang yang memang tenang hatinya sepanjang masa,maka tiada masalah pergaduhan yang akan berlaku.Tapi inilah indahnya Islam,kadangkala Allah sengaja menemukan kita dengan insan-insan yang kurang memahami kita.


"Satukanlah kepingan-kepingan hati yang telah dipecahkan,agar kembali menjadi satu..."


Sebenarnya Allah mahu melihat bagaimana kita boleh bersabar dengan tingkah laku manusia dan adakah kita insan yang akan menyatukan dua hati yang sedang hancur.Apatah lagi jika itu merupakan sahabat baik kita.Namun bersabar sahaja tidak cukup kerana kita hanya mendapat separuh daripada hadiah yang Allah telah tetapkan.Separuh lagi terletak pada diri seorang sahabat tersebut.Bagaimana kita mampu membawa hatinya bertemu dengan hati kita dan akhirnya menuju kepada Penjaga Segala Hati.Kita tak perlu melayan ataupun dilayan umpama seorang putera/puteri raja.Cukup untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna.Pada masa yang sama kejayaan tersebut perlu dikecapi bersama.Andai kata masalah timbul antara kita,perlu ada seorang yang akan mengalah.Jika kita tunggu sahabat tersebut memulakannya,dan mungkin dia juga berfikiran yang sama,maka sampai bila-bila tidak terselesai masalahnya.


"Jangan pernah merungut untuk melakukan sesuatu kebaikan,
kerana Allah mengetahui segala usaha kita"


"Asyik-asyik aku je yang kena mengalah,macamlah dia tak pernah buat salah"...jika kita renungkan kembali,tiada ruginya untuk kita mengalah kerana ia membawa kepada kedamaian sebuah pertelingkahan.Malah,dengan izin Allah,ganjaran yang besar untuk kita kerana berjaya menggabungkan dua hati yang sebelumnya remuk,kini menjadi indah.Perasaan egoistik itu datangnya dari syaitan yang mahu memecah belahkan hubungan sesama muslim.Inilah nukilan hati dari Aku,kepada Kamu,bersatu kembali dengan Dia,agar dapat Kita bersama menuju kejalanNya....

0 comments: