BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 18, 2010

Kegembiraan....




Assalamualaikum..Alhamdulillah,akhirnya saya mempunyai kesempatan untuk menaip 'keyboard' Dell Inspiron hitam ini setelah kian lama menyepi.Maklumlah,pepatah pun ada menyatakan bahawa masa itu emas.Gunalah masa sebaik mungkin tanpa ada pembaziran kerana apabila Allah menghentikan masa untuk kita hidup di dunia ini,tak dapat kita merampas kembali masa tersebut walau sesaat pun..


Berbalik kepada tajuk 'post' pada hari ini,'Kegembiraan'..jika diizinkan,saya hanya mahu berkongsi kisah kehidupan sahabat saya yang sedang mencari erti kegembiraan.Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di 'oversea'.Sering kali mendapat nasihat dari teman-temannya untuk menikmati panorama negara asing."Alang-alang ko dah kat 'oversea' ni,elok ko gi melancong kat negara-negara terdekat.Bukan senang dapat peluang ni.Rezeki dah terbentang luas",begitulah antara pesanan temannya.Dan dia juga seringkali berfikir tentang perkara tersebut,malah telah membuat pelbagai rancangan untuk ke tempat-tempat pelancongan,sehingga sanggup mengorbankan cutinya untuk kembali ke Malaysia.Walaupun akan pulang ke tanah air tercinta,dia tetap merancang untuk melawati tempat-tempat menarik dalam negara kerana dia gemar merantau apatah lagi secara berseorangan..


Tapi,lumrah kehidupan,tiada perkara yang kita dapat lakukan tanpa halangan kerana kita hamba Allah yang serba kekurangan.Manusia hanya mampu merancang,Allah yang akan menentukan...dengan penuh rasa 'excited' dia memberitahu keluarganya tentang rancangannya ketika cuti yang akan datang.Ternyata kegembiraan yang terpancar diwajahnya hanya sementara.Dia mendapat tentangan dari ibunya atas alasan bapanya yng kurang sihat.Pada awalnya dia masih mencari alasan untuk meneruskan segala rancangan tersebut kerana dia telah berjanji dengan teman-teman lain untuk berjumpa mereka di setiap negeri yang bakal dikunjungi.


Sehinggalah pada suatu hari,kakaknya memberitahu kisah yang berlaku dirumah mereka.Bapa mereka sering kali menyebut tentang kematian.Sehingga pernah dia berkata kepada isterinya "Abang ni tengah tunggu masa je,bila-bila Allah boleh tarik nyawa ni.Nanti abang mati,kuburkanlah kat kampung kita,kalau kat sini takde orng nak lawat kubur abang",hingga begitu sekali keadaan bapanya.


Setelah mendengar kisah tersebut,dia terus berpesan kepada kakaknya untuk memberitahu kepada ibubapa mereka bahawa dia telah membatalkan segala perancangan untuk cuti tersebut.Kerana dia terfikir sejenak,adakah dia mampu membalas segala pengorbanan ibubapanya?Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Restu Allah takkan hadir jika ibu tidak merestui anaknya.


Mungkin kisah di atas tidaklah menarik,tetapi...cukup untuk memberitahu kepada semua bahawa segala kegembiraan yang kita impikan didunia ini hanyalah duniawi semata-mata.Adakalanya kita perlu meninggalkan peluang-peluang kegembiraan tersebut untuk kita menggembirakan pihak lain.Dan bukankah bergembira bersama ahli keluarga itu lebih baik malah mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga?Moga kita dapat sama-sama renungkan pengajaran dariNya,insyaAllah....
Wassalam....

0 comments: