BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 12, 2011

Bukan Lari , Tapi Pergi .....

Assalamualaikum !


Orait, post kali ni aku nak share story kat korang lagi. But before that, biar aku explain dulu apa beza lari dan pergi. Ofkos budak sekolah rendah boleh bezakan ye dak? Tapi aku cuma tekankan, lari itu pada keadaan terpaksa yang mendesak, pergi pula dengan rela hati ....


Cerita kali ni melibatkan sorang lelaki yang bernama Azmin. Seorang freshie dalam liku-liku Islam, namun dia sangat gemar untuk mendekati Islam. Dia berkawan rapat dengan pelajar-pelajar jurusan agama walaupun dia merupakan pelajar aliran sains. Mereka selalu mengerjakan ibadah secara jemaah, pegi masjid sekali,balik pun sekali, makan pun sekali....tapi.....

......yelah, ujian Allah kan...bila-bila boleh datang....

Tarikh : 27 Mac 2010



Kawan 1 : Min (Azmin), ko tau tak cite pasal sorang senior kita tu?

Azmin : Senior mana pulak ni?

Kawan 1 : Alaa budak syari3ah paling teruk dalam universiti kita tu, takkan tak kenal kot, hot topic tu !

Azmin : Laa, Jehan tu ke? Elok je dia main bola tampar petang-petang kat court belakang tu. Apsal dengan dia?

Kawan 1 : Heiiisshhh, ntahla. Rosak nama budak-budak syari3ah oleh dia tau. Dengan ibadah dia tak jaga, solat ntah ke mana, member-member dia pun teruk-teruk semua. Malu aku weyh...

Kawan 2 : Aku pun dah berhenti main bola tampar petang-petang sejak aku dapat tau dia pengurus team bola tampar kita.

Azmin : Pulak..teruk sangat ke mamat tu? Korang penah borak dengan dia tak?

Kawan 1 : Eh, buang masa aku je nak borak dengan dia, buat tambah dosa je. Daripada aku spend setengah jam borak dengan dia, sempat aku habeskan 1 juzuk quran. Dah la , malas nak cerita pasal dia. Dah azan maghrib tu, jom kita gerak g masjid.

............

Setelah selesai solat fardhu Maghrib di masjid, Azmin tak habes-habes memikirkan pasal Jehan... *"Hmm budak tu memang teruk sangat ke? Takpe, kita tunggu esok"...



Tarikh : 28 Mac 2010

~ Azmin buat pertama kalinya turun ke gelanggang bola tampar universiti. Kelihatan hampir 20 orang sedang berlatih untuk Hari Sukan Universiti pada bulan Mei nanti, dan turut bersama di atas gelanggang ialah Jehan.Walaupun tak pandai main sangat, dia cuma ingin mengeluarkan sedikit peluh,dalam masa yang sama....dia ingin mengenali Jehan...


Azmin : Assalamualaikum sumee :D

Jehan : Waalaikumusalam. Haa ko kalo nak buat persidangan OIC, gelanggang ni bukan tempatnya. Member ko da tak turun gelanggang ni lagi sebab dia salah tempat bersidang.

Azmin : Huuiisshh,takdela sampai macam tu haha. Aku nak join team laa. Mana tau dapat jadi wakil universiti ke hehe.

Jehan : Haha try lah, tu pun kalo ko mampu join kitorang la.

Azmin : Hehe we'll see...

.....semenjak hari tu, Azmin merupakan orang pertama yang turun gelanggang bola tampar kerana begitu excited nak join pasukan utama universiti..
Diam tak diam, dia dah makin rapat dengan Jehan. Siap jadi pembantu pengurus lagi. Hampir setiap malam Azmin akan ke rumah Jehan untuk berbincang isu persatuan dorang. Isu training la, tempahan jersi la, bola baru la, dan macam-maccaaamm adaaa...kadang-kadang Azmin terpaksa bermalam di rumah Jehan....dan di situlah dia sedar...

Azmin : *(hmm memang betol la cakap budak-budak tu, dia ni memang tak jaga solat...)


....dan orang yang sedar bukan sekadar Azmin sahaja..kawan-kawan persatuan tahfiz dia juga...


Kawan 1 : Azmin ni da lama tak join kita. Asal malam je pegi rumah Jehan. Pegi masjid pun tidak. Aku dah kate dah, jangan dibuat kawan Jehan tu. Dia pandai hasut orang buat dosa.

Kawan 2 : Takpe, dia balik malam kang kita brainwash la dia.

... pukul 11.37 mlm, Azmin membuka pintu rumah, dua orang kawannya sudah tercegat di depan pintu.



Kawan 1 : Makin busy ko sekarang ek? Asyik-asyik berdamping dengan "sheikh" Jehan je ko ni.

Azmin : Aku discuss pasal bola tampar la. Hari Sukan Universiti kan dah dekat ni.

Kawan 2 : Yelah, sukan tu sukan jugak, takkan sampai dah tak boleh join kitorang g masjid sama2? Jampi serapah ape dia baca kat ko ni?

Azmin : Korang, jangan arr cakap camtu. Dah arr, aku nak tido dulu, letih arr. Sok ada kelas plak. Assalamualaikum...

....tanpa menghiraukan ngomelan kawan-kawannya, Azmin terus masuk ke bilik tidur...

~Setelah sekian lama berurusan dengan Jehan, akhirnya usaha mereka membuahkan hasil, Azmin menjadi pemain terbaik perlawanan ketika Hari Sukan Universiti bagi acara bola tampar lelaki, dan pasukan universiti mereka mendapat JOHAN!!!

~ Kawan-kawan Azmin sudah lama tidak berkumpul bersama. Sehinggalah mereka semua bertemu di masjid universiti setelah selesai solat maghrib berjemaah. Kawan-kawan Azmin terkejut apabila kelihatan Azmin keluar dari masjid bersama dengan...JEHAN. Jehan yang tak pernah kelihatan di masjid, yang tidak menjaga solat walaupun berada di rumah, tiba-tiba boleh menghadirkan diri ke masjid...

.....malam itu, Azmin pulang ke rumah setelah hampir sebulan tidak pulang. Azmin pulang dengan ceria dengan memakai pingat emas yang diperolehnya pada pertandingan tempoh hari...

Azmin : Assalamualaikum! :D

Kawan 1 : Waalaikumsalam...

Kawan 2 : Waalaikumsalam............ :I

Azmin : Erk.. korang. Apsal siyes semacam ni? Aku baru nak belanja korang coz dah menang game hari tu.

Kawan 1 : Hmmm..ape dah jadi kat Jehan weyh?

Kawan 2 : Ntah, tiba-tiba dia rajin plak pegi masjid.

Azmin : Pasal tu ke.... Aku da try nak gtau korang, tapi busy la. Yes, korang memang betol yang dia tak jaga solat dia. That's why aku tido rumah dia dan tak pegi masjid kejap. Aku takdela ajak dia solat pon. Tapi kalo da masuk waktu, aku tanya dia "Jay, kiblat kat mana?" ...then dia tunjuk la kiblat. Tengah aku solat tu, tiba-tiba ada orang sentuh bahu. Bila aku bagi salam, rupanya dia follow jemaah dengan aku. So aku rasa tu permulaan yang baik la untuk dia.

Kawan 1 : Alaa ko percayalah cakap aku, dia berubah drastik macam tu, kejap je tu, tak tahan lama punya. Hasil yang ko nampak, kononnya ko berjaya ubah dia. Tapi hasil yang kitorang nampak, dia berjaya tipu dan ubah diri ko kepada seorang yang malas nak pegi masjid.

Azmin : Korang silap! Aku tak rasa yang dia mempengaruhi aku pun.

Kawan 2 : Memangla ko tak rasa, pasukan bantuan Jehan yang melalaikan ko ni ramai, syaitaaannurrajiiimmmmm!!!

Kawan 1 : Aku nasihatkan ko la, elok ko jauhkan diri dari dia. Elok ko selamatkan diri ko sendiri dulu daripada ko nak join dia jadi penghuni tetap kat neraka dengan setan-setan tu.

Azmin : Hmm korang, nampak tak apa masalah zaman sekarang? Disebabkan orang-orang macam ni la remaja sekarang malas nak join Islam. Aku tak nafikan ko baik, rajin beribadah. Kawan-kawan kita pun semuanya alim-alim belaka. Tapi korang terlalu mengukuhkan ukhuwah sesama korang sampai korang tak nampak orang luar pon perlukan kita.

Kawan 2 : Memangla ukhuwah dalaman kita perlu dikukuhkan dulu, kalo tak jadila kes macam ko ni!

Azmin : Guys, istighfarlah..kita semua ni akan balik berdakwah dengan masyarakat. Tapi kalo sekumpulan pendakwah juz berdakwah sesama mereka, ukhuwah mereka makin rapat. Tapi siapa pulak nak tengok-tengokkan golongan yang kurang pengetahuan agama macam aku ni? Jehan da mula berubah, biarlah aku cuba usahakan lagi.

Kawan 1 : Hmm kitorang juz taknak kehilangan kawan je...

Azmin : Korang, percayalah kat aku macam aku percaya kat korang. Islam ni untuk semua orang, tanpa pengecualian. Hubungan persahabatan takkan terputus begitu je, we're friends right?

Kawan 2 : Takpela macam tu, kitorang doakan ko berjaya jelah k.

Azmin : InsyaAllah. Ingat guys, aku pergi ni memang aku da rancang awal-awal, untuk tarik balik hati hamba Allah sorang ni...and ingat guys....

.....aku bukan lari, tapi aku pergi....



"Keindahan Islam adalah untuk semua...TIADA PENGECUALIAN!!!"

Selamat Beramal, Wassalam....

0 comments: